Friday 23 August 2013

Masih dalam siasatan

Kalau mengikut retorik perkauman dan ugama yang sedang dicanang oleh pihak-pihak tertentu, ianya memberi gambaran bahawa dalam Malaysia ini semua orang Cina bersikap seperti Cinabeng, semua India emo dan bersikap seperti Hindraf, semua orang Kristian bertekad mahu mengkristiankan negara dan semua orang Melayu lemah dari jati dirinya, senang disuap dan tidak memahami konsep integriti.





Inilah retorik yang cuba dicanang oleh beberapa pihak tertentu, setengah-tengahnya dari pihak DAP Red Bean army dan juak juak masing masing, dan selebihnya pula dari pihak Bloggers pro UMNO.

Bagi kami, kesemua retorik tersebut adalah tepat kerana minda mereka yang mencanang retorik tersebut sudah terbantut dan tidak mampu melapangkan diri untuk melihat ciri-ciri murni dikalangan masyarakat. Kerana itu, kami berharap jikalau ada - ada di kalangan pembaca  yang masih berpegang kepada fahaman tersebut supaya  terus menekan butang "CLOSE" dan tidak bergayut di blog ini. Kami tak perlulah kunjungan tuan / puan.

Kami terpanggil untuk menulis cerpen ini untuk  menunjukkan solidariti bersama keluarga Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati dibunuh tidak lama dahulu. Sewaktu kejadian tersebut berlaku, kami sudah tahu ianya ditaja oleh orang-orang berkedudukan didalam kerajaan kerana modus operandi tersebut ingin memberi signal kepada mana-mana kakitangan kerajaan supaya tidak melawan sindiket-sindiket yang begitu berkuasa didalam negara.


Hari ini, jangkaan tersebut semakin tepat kepada peristiwa yang benar benar berlaku apabila anak Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim menjelaskan bahawa beliau mensyaki bapanya dibunuh kerana sedang menyiasat kegiataan penyeludupan haram di Langkawi. Malah, beliau menegaskan bahawa bapanya berani berdepan dengan pegawai-pegawai di dalam Jabatan Kastam yang disyaki menjadi dalang kepada kegiataan sindiket tersebut. Sejerus selepas  Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim berbuat demikian, beliau telah dianiyai oleh Jabatan Kastam yang bertindak mahu menyingkir beliau dari jawatan yang dipegangnya. Namun hasrat dalang-dalang tersebut tidak kesampaian kerana penukaran jawatan tersebut dibantah keras oleh Kesatuan Pekerja Kastam. Akhir sekali, dalang-dalang tersebut bertindak untuk membunuh Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kerana takut kegiataan mereka akan dibongkarkan kelak.

Namun, pihak polis yang menyiasat pembunuhan Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim menempelak dakwaan tersebut dengan alasan "ianya hanya spekulasi semata- mata."

Kuala Lumpur Criminal Investigations Department chief Datuk Ku Chin Wah had reportedly denied any link between the car-smuggling ring in Langkawi and Shaharuddin’s murder.
“The reports are just mere speculations,” Ku had said (Pautan)

Disini kita nak memberi pandangan.

Ada diantara kita yang mendakwa jikalau orang bukan Melayu, bukan Islam seperti gua  mengkritis kerajaan ianya sebab kita ini begitu iri hati, ataupun ingin merendah-rendahkan martabat orang Melayu Islam ataupun, sebab gua ni berugama Kristian, kerana kita hendak mengKristiankan negara.

Tetapi kalau kita mengiyakan alasan Ku Chin Wah ianya memberi gambaran tahap pendidikan kita setakat budak darjah satu. Ini susah sedikit kerana atas bakti ibu bapa, kita berjaya melanjutkan pelajaraan sampai ke tahap Masters dan kini menjadi pengurus di dalam salah sebuah bank. Alasan Ku Chin Wah tidak boleh masuk akal sama sekali kerana perkaitan tersebut telahpun diutarakan oleh anak Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim.  Maka tak hairanlah apabila anak kepada Hussain Ahmad Najadi, pengasas bank Arab Malaysiam yang mati ditembak begitu takut untuk membantu polis. Kerana jikalau siasatan polis setakat memberi alasan yang tidak munasabah maka kita hanya sekadar boleh mengangguk kepala dan berdoa supaya kita tidak menemui ajal ditangan orang lain.

Oleh kerana itu, kami tidak mahu bloggers pro Kerajaan mendakwa kami sebagai menghina polis, kami tidak mahu berkomen selanjutnya. Tafsiran tuan puan sendiri sudah memadai. Tetapi, kami disini, sebagai rakyat Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada keluarga Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim kerana ayahanda mereka seorang pegawai yang berintegriti yang berkhidmat untuk negara.




Di harap pengorbanan mereka tidak disia-siakan oleh pihak berkuasa.

No comments: