Saturday 24 August 2013

Penghinaan Syed keatas PM sudah melampui batas

Saya bekerja sebagai pengurus  di salah sebuah institusi kewangan. Tidak payah mengemis dari mana mana pihak untuk membiayai kos kehidupan sehari harian. Tetapi saya difahamkan ada diantara bloggers bloggers termashyur yang telah dibela dengan jutaan ringgit oleh PM dengan harapan mereka dapat menjaga maruah PM di alam maya.

Itu rezeki mereka.

Maka kami terkedu kerana nampaknya mereka mengabaikan tugas mereka untuk mempertahankan kredibiliti Dato Seri Najib di alam maya. Saya tergamak berkata demikian setelah 'boss' mereka dijadikan bahan ejekan dan cemuhan oleh bloggers naungan Dr Mahathir yang berpengaruh.

Meskipun sedemikian, walaupun tidak dibayar dan tidak minta dibayar oleh sesiapa pun, sayaa tidak akan berdiam diri dalam hal ini.

Cubaan untuk mempersendakan PM dengan meng-super impose gambar beliau ke atas gambar Datin Seri Rosmah perlu dikritik oleh rangkaian bloggers pro Kerajaan. Tetapi sehingga hari ini, hanya blogger Jerantut tersohor, saudara WZWH yang berani mengkritik perbuatan terkhutuk tersebut.

Disini kami nak bertanya, apakah pekara yang begitu teruk yang telah diperlakukan terhadap bloggers Out Syed the Box oleh YAB PM? Adakah Dato Seri  bertindak membekukan lesen perniagaanya ataupun meletupkan kucingnya ataupun  membubuh racun ke dalam dalchanya.

Tidak sama sekali.

Sebaliknya Dato Seri Najib telah mengangkat beliau menganggotai lembaga punasihat SPRM dan memberikan kedudukan kepadanya. Namun blogger tersebut bertindak menghentam Dato Seri Najib. Kalau begitu, nampaknya jelas sungguh perangai Out Syed the Box sebagai golongan yang tidak tahu mengengang budi.

Anehnya, sebelum berlangsungnya PRU 13, Dato Seri Najib telah dipuji sampai ke langit oleh kalangan mereka. Tetapi setelah UMNO kembali menerajui tampuk pemerintahan negara dengan majoriti yang lebih kukuh, maka terkeluarlah luahan rasa pedas dan kurang senang terhadap kerajaan yang telahpun mendapat mandat kukuh dari orang Melayu.

Di sini saya mengaku, saya pernah mengkritik PM sebelum PRU 13.

Saya berbuat demikian  merasa kecewa dengan PM disebabkan kegiatan 1MDB yang pada hemat, merugikan negara. Tetapi selepas saya rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, memberi mandat penuh kepada PM untuk terus memerintah, maka saya merasa insaf dan menerima penuh keputusan rakyat . PM harus diberi sokongan yang penuh dan kita harus memberi keyakinkan kepada mereka yang dilantik oleh PM untuk menjalankan tugas-tugas mereka selari dengan perjuangan PM.

Kerana itu, saya rasa merasa jengkel dengan gelagat bloggers pro UMNO yang mengkritik PM. Tidak kira samada beliau dikritik atas kapasiti peribadi, ataupun kerana rentak pentadbiraan tidak selari dengan hati mereka ataupun kerana karenah penasihat PM.  PM mentadbir atas perjuangan yang telah pun diberi mandat penuh oleh rakyat. Penasihat PM menjalankan tugas mereka diatas kapasiti untuk menjayakan visi PM. Kerajaan yang dipilih rakyat ialah kerajaan yang diterajui oleh YAB Dato Seri Najib dan bukannya kerajaan yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir.  Lebih lebih lagi, calon Dr Mahathir seperti Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali telahpun ditolak oleh rakyat. Mereka ditolak di kawasan majoriti Melayu dan bukannya kawasan majoriti Cina, India ataupun Bangla. Mereka bukannya kalah tipis tetapi kalah teruk.

Pekara ini sudahpun diputuskan oleh jutaan rakyat Malaysia yang sudah serik dengan kegiataan berpolitik yang tak habis-habis

Maka hormatilah pilihan rakyat dan berterima kasihlah kepada YAB PM dengan kedudukan yang diberi. Jangan jadi sebagai orang yang mudah lupa kepada jasa yang dicurahkan kepadanya oleh YAB Dato Seri Najib dan jangan merasa iri hati dengan rezeki orang lain.

PSS:
Siapa - siapa yang nak bersama-sama membuat laporan polis terhadap Blogger Outsyed the Box diminta menghubungi gua kat sini. Lagi ramai, lagi meriah.

6 comments:

Anonymous said...

SB,

Kau suruh lah PM tarik balik jawatan SPRM yg diberi kpd syed akhbar tu? Kenapa tak tarik balik? By the way apa jawatan SPRM yg syeed akhbar pegang? Yg kita tahu ketua sprm tu tan sri abu kassim. syed akhbar ini timbalan dia ke ape?

Kau nak buat laporan polis pasal org guna gambar ciplak PM ke? Kau ni budak kampong ke? Kau rujuk blog Wan Zamzuri pasal apa? Siapa pula dia tu? Seoarng lagi budak kampong ke?

Anonymous said...

Jerantut where? Last time I heard about jerantut is about incest, a politician raped his own daughter, a husband who beats his wife in the lift like dog. I guess Jerantut full of mental and crazy folks and Wan Zamzuri one of them.

Anonymous said...

OutSyedTheBox (OSTB) letak imposed pic tu kat bawah tajuk 'PEMANDU' kan? dah baca ke pasal PEMANDU yg dimaksudkan? ke xtau PEMANDU tu stand for what? pic tu mmg sesuai pun utk menunjukkan sikap sebenar DSN yg 100% serah segalanya kat 4th floor boy dia.kalau dah penasihat sendiri boleh retwitted kat Nurul izzah pasal kemenangan dia pd GE13,pastu terang-terangan plak sokong BERSIH apa kejadah semua tu? kenapa lantik org mcmni jd penasihat PM? apa yg OSTB cuba nak sampaikan mmg jelas dan gua rasa ramai yg paham.mmg DSN umpama boneka dan yg control segalanya adalah puak2 con-shit-sultants dia.do u realize it? no? ok when DSN ada kumpulan penasihat PEMANDU yg mencadang dan melaksanakan transformasi utk M'sia,semuanya gagal..1M,BR1m,1MDB..kenapa gagal? tengoklah background para penasihat dia..mcm dah takde 'brilliant malay' kat luar sana dia boleh lantik dalam kumpulan penasihat dia. tp yg bg undi kat dia sapa?malay kan? so this is bullshit ok! sebab tu pic tu sesuai utk DSN utk menunjukkan dia ni takda apa2 power.u know what? makin ramai org umno yg celik di luar sana dah realize kenapa DSN pro-cina.its all about dia punya con-shi-sultans lah.masa nak mintak undi,melayu2 ni lah kau suruh turun berkempen siang malam,buat keja utk kau.bila dah dpt kuasa mana kau campak melayu2 ni? remember about 1 or 2 weeks ago,his gomen boleh bg dana 12M utk pembangunan 'Hab Makanan Cina' di bukit bintang.WTF IS THIS! kau sedang liwat org yg undi kau ke DSN?

Anonymous said...

Boleh mintak boss awak release senarai blogger yang dibayar oleh BN, UMNO atau Ah Jib Gor? Nak juga pengesahan yang Outsyed The Box adalah antara yang dah diberi "berjuta-juta ringgit" tu seperti dibayangkan dalam perenggan pembuka kata posting ni. Terima kasih.

Anonymous said...

"Anehnya, sebelum berlangsungnya PRU 13, Dato Seri Najib telah dipuji sampai ke langit oleh kalangan mereka. Tetapi setelah UMNO kembali menerajui tampuk pemerintahan negara dengan majoriti yang lebih kukuh, maka terkeluarlah luahan rasa pedas dan kurang senang terhadap kerajaan yang telahpun mendapat mandat kukuh dari orang Melayu."

Inipun rasa aneh? Lah. Tak berapa tinggi pencapaian akal "pengurus institusi kewangan yang tak mengemis" (keje kat bank bukan kerajaan kettewww?).

Sebelum PRU kita orang Melayu dah jengkel dengan perangai Ah Jib Gor yang matanya tak sepet tapi sengaja ditaruk cili supaya nampak sepet. Tapi kita tahankan aje sebab nak menangkan Melayu masa PRU. Melayu. Bukan UMNO.

Sebab kita Melayu kat luar ni bukan suka sangat dengan orang UMNO. Kalau tak sebab nak counter DAP, kita tak perlu pun pilih UMNO.

Kemudian lepas PRU, Ah Jib Gor masih nak buat perangai mata sepet dia juga lagi. Tanglung bagi, bendera Malaysia tak nak bagi. Tapi PM untuk semua. Hahahah.

Kita akan sokong, bagi peluang. Tapi lepas 4 tahun lebih dan selepas kena ajar dengan tsunami Cina masih tak faham juga lagi, sudah tiba masa Ah Jib Gor di Dollahbadawikan. Malah dia lebih buruk daripada Dollah. At least Dollah ada excuse, dia kaki tidur. Najib?

Orang Lereh said...

Too bad you don't understand what people are trying to tell you. I am a Malay and I don't consider myself as lazy, complacent and stupid. You need to be an open-minded progressive person and the way you write shows how shallow you are! Pemimpin yang adil, kita sanjung, pemimpin yang lemah kita tukar. Itu saja. Kalau tak boleh terima nasihat, jangan suka nak menceceh tak tentu pasal.